ad
AGENDA

Lelaki maut, seorang lagi hilang tragedi kepala air

12 Apr 2024, 3:40 PM
Lelaki maut, seorang lagi hilang tragedi kepala air

KUCHING, 12 APRIL: Lelaki maut manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya ini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi berkenaan.

Menurutnya insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.

“Seorang mangsa juga berjaya dikeluarkan orang kampung namun disahkan meninggal di lokasi, manakala seorang lagi masih hilang.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang ditangguhkan pada 7 malam tadi dan akan disambung esok,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.