ad
AGENDA

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama takat 5 petang

7 Apr 2024, 10:26 AM
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama takat 5 petang

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan terdapat peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) namun trafik masih terkawal.

Sementara itu, jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata terdapat dua kemalangan berlaku iaitu di KM404.5 arah Utara dari Lembah Beringin ke Tanjung Malim dan KM272.8 arah Selatan dari Nilai ke Bandar Ainsdale yang menyebabkan kenderaan bergerak perlahan di laluan terbabit.

“Trafik juga sesak menghala ke Selatan di kawasan Simpang Renggam menuju ke Sedenak,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.