AGENSI

Dataran Pantai Batu Laut antara lokasi JER mega sempena Aidilfitri esok

6 Apr 2024, 2:10 PM
Dataran Pantai Batu Laut antara lokasi JER mega sempena Aidilfitri esok
Dataran Pantai Batu Laut antara lokasi JER mega sempena Aidilfitri esok

SHAH ALAM, 6 APRIL: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menganjurkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) sempena Aidilfitri di tiga lokasi esok, bermula 9 pagi.

Jualan mega barangan asas itu diadakan di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves; Dataran Pantai Batu Laut dan Jalan Ara 5 JRD Batang Kali (berdekatan Dewan Abdul Hamid).

Pada 3 April Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata sebanyak 1,500 ayam disedia pada JER Mega Aidilfitri setiap lokasi.

Selain 1,500 ekor ayam, turut dibawa 500 pek ikan dan daging, 600 papan telur dan beras serta 144 botol minyak masak di setiap lokasi.

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan penganjuran JER istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa lokasi bagi membantu umat Islam membuat persiapan.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri menganjurkan Jualan Mega Ehsan Aidilftri selama enam hari di 23 lokasi seluruh negeri dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.