AGENDA

MB hulur sumbangan kepada asnaf, tambah keceriaan sambut raya

6 Apr 2024, 12:25 PM
MB hulur sumbangan kepada asnaf, tambah keceriaan sambut raya
MB hulur sumbangan kepada asnaf, tambah keceriaan sambut raya
MB hulur sumbangan kepada asnaf, tambah keceriaan sambut raya
MB hulur sumbangan kepada asnaf, tambah keceriaan sambut raya
MB hulur sumbangan kepada asnaf, tambah keceriaan sambut raya
MB hulur sumbangan kepada asnaf, tambah keceriaan sambut raya
MB hulur sumbangan kepada asnaf, tambah keceriaan sambut raya

GOMBAK, 6 APRIL: Dato’ Menteri Besar menyampaikan sumbangan lebih RM620,000 kepada 1,300 asnaf di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gombak.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM500 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI diberi kepada penerima berkelayakan di DUN Sungai Tua, Hulu Kelang dan Gombak Setia

“Program ini diurus oleh MBI dan Pejabat Dato’ Menteri Besar, kita mengenal pasti asnaf yang benar-benar layak untuk terima bantuan, kita sasar 1,500 penerima dengan peruntukan RM750,000 tetapi bakinya akan diberi selepas raya.

“Program ini juga merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBI dan wakalah zakat yang mana Lembaga Zakat Selangor pulang semula kepada kita untuk diagih kepada asnaf.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,” katanya ketika ditemui selepas majlis sumbangan di Masjid Selayang Baru di sini.

[caption id="attachment_636735" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program serahan sumbangan MBI Dun Gombak Setia di Dewan Beringin, Gombak pada 6 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Amirudin memulakan program Ihya Ramadan hari ini dengan menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Ansar, Hulu Kelang disusuli sumbangan Aidilfitri MBI di DUN Hulu Kelang di Dewan AU2 Keramat.

Amirudin turut mengadakan ziarah kasih di kediaman salah seorang warga emas di Flat Taman Al-Ridhuan sebelum meneruskan sumbangan Aidilfitri MBI di DUN Gombak Setia.

Selepas menunaikan solat Asar, beliau menghadiri ke program ‘Rewang Anak Muda’ di Dewan Terbuka Batu Caves disusuli berbuka puasa di Surau Jabal Nur, Taman Seri Gombak.

Dato' Menteri Besar juga dijadual menunaikan solat Isya’ dan Tarawih di Surau Al-Abrar Taman Selayang sebelum mengakhiri program Ihya’ Ramadan ke Moreh Perdana Orang Muda Gombak di Dewan Terbuka Batu Caves malam ini.

[caption id="attachment_636722" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika program sumbangan MBI Dun Sungai Tua di Masjid Selayang Baru, Gombak pada 6 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_636743" align="aligncenter" width="698"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika program sumbangan MBI Dun Sungai Tua di Masjid Selayang Baru, Gombak pada 6 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_636739" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika program serahan sumbangan MBI Dun Gombak Setia di Dewan Beringin, Gombak pada 6 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_636738" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika program serahan sumbangan MBI Dun Gombak Setia di Dewan Beringin, Gombak pada 6 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_636736" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama penduduk yang menerima sumbangan selepas program serahan sumbangan MBI Dun Gombak Setia di Dewan Beringin, Gombak pada 6 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]