SHAH ALAM, 5 APRIL: Umat Islam dianjur menjadikan kisah para nabi dan Rasul yang diceritakan dalam al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam segenap aspek kehidupan.
Demikian kata Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah Yusuf ayat 111 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.
Menurut Dr Ahmad Fakhrurrazi ayat berkenaan menjelaskan manusia bukan hanya perlu menggunakan akal fikiran dikurniakan untuk memahami teladan di sebalik kisah para nabi tetapi mendalami dengan rohani dan hati mengenai rahmat Allah dalam setiap kisah.
[caption id="attachment_635940" align="aligncenter" width="500"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]
“Kalau kita ingin menekuni kisah para nabi dan Rasul (kisahnya) mesti ada hubung kait antara satu sama lain. Sehingga semua kisah itu sebenarnya pedoman kepada kita bahawa semua perihalan kehidupan di dunia ini Allah telah perincikan panduannya.
“(Dalam setiap kisah) kita (perlu) memandang apa (teladan) di sebalik perkara yang berlaku. Dan sedar (tugas) kita sebagai hamba Allah, umat Rasullah dan khalifah untuk memakmurkan muka bumi Allah dengan perkara yang Allah reda,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.
Sementara itu, Amirudin berkata konteks ayat itu jelas menunjukkan akal fikiran yang bijak harus digabungkan dengan keimanan.
“Bukan letaknya hanya di akal sahaja tetapi hati yang perlu disucikan dan dididik. Semoga kita dapat mendidik hati dan akal dalam bulan Ramadan ini yang akhirnya diterjemahkan sebagai fitrah kemanusiaan yang baik,” katanya.
Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:
Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: Amanah, cerita kebenaran
Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: Istiqamah mengingat Allah
Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan
Episod 18: Rasullullah susuk penting
Episod 19: Waspada sifat orang munafik
Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa
Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa
Episod 22: Bukti kekuasaan Allah ada di sekeliling kita
Episod 23: Jaga proses ketauhidan agar terus kukuh
Episod 24: berbakti pada ibu bapa
[embed]https://twitter.com/i/status/1776164919026876848[/embed]