SHAH ALAM, 5 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 5 petang
Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda Kuala Lumpur selain beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia di Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.








