AGENSI

Potongan harga barangan asas di cawangan Ehsan Mart pada 8 April

5 Apr 2024, 3:21 AM
Potongan harga barangan asas di cawangan Ehsan Mart pada 8 April
Potongan harga barangan asas di cawangan Ehsan Mart pada 8 April

SHAH ALAM, 5 APRIL: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan jualan istimewa sempena hari raya di semua cawangan Ehsan Mart pada 8 April ini.

Menurut perbadanan itu, Jualan Ehsan Rahmah (JER) Aidilfitri bermula 8 pagi membabitkan cawangan Wisma PKPS Seksyen 14 dan Sekyen 9 di Shah Alam, Meru di Klang serta Selangor Fruits Valley di Bestari Jaya.

“Antara barangan yang ditawarkan seperti beras yang dijual RM13 berbanding RM18.80, ayam RM10 berbanding RM17.50, telur RM10 berbanding RM12.90 dan daging beku RM10 berbanding RM16.80 sebelum ini,” katanya di Facebook.

JER yang bermula pada September 2022 diadakan di beberapa lokasi terpilih setiap hari menerusi trak jualan PKPS bagi membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas.

Program itu menawarkan jualan enam barangan asas seperti ayam, daging, ikan, telur, minyak masak dan beras yang dijual pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.