AGENDA

Lebih 1,000 ular pelbagai spesies ditangkap Februari lalu di Kelantan

4 Apr 2024, 3:27 PM
Lebih 1,000 ular pelbagai spesies ditangkap Februari lalu di Kelantan

KOTA BHARU, 4 APRIL: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap 1,073 ekor pelbagai spesies ular di seluruh negeri ini pada Februari lalu.

Pengarahnya Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata faktor cuaca panas dan kering menyebabkan reptilia berbisa itu keluar daripada habitat asal dan bersembunyi di kawasan sejuk seperti di bawah batu bata, semak dan sekitar rumah.

“Pada Januari lalu APM menangkap 991 ekor ular manakala pada Mac 934 ekor. Antara spesies ditangkap adalah ular sawa, ular tedung selar dan ular senduk,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Kelab Kebajikan dan Sukan Anggota Sukarela Kota Bharu bersama anak-anak yatim Darul Kautsar dan Pekayatim di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu, di sini, hari ini.

Mohd Adzhar berkata kesemua haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk dilepaskan semula ke habitatnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.