AGENSI

Jualan murah barangan asas di Bukit Gasing, Dengkil, Permatang pagi ini

4 Apr 2024, 12:00 AM
Jualan murah barangan asas di Bukit Gasing, Dengkil, Permatang pagi ini
Jualan murah barangan asas di Bukit Gasing, Dengkil, Permatang pagi ini

SHAH ALAM, 4 APRIL: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di tiga lokasi hari ini, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah barangan dapur itu diadakan di Flat Damansara Bistari (Bukit Gasing), PKD Pulau Meranti (Dengkil) dan pejabat JPKK Kampung Gulang-gulang (Permatang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.