AGENSI

Jualan murah di semua cawangan Ehsan bermula April

1 Apr 2024, 6:07 AM
Jualan murah di semua cawangan Ehsan bermula April
Jualan murah di semua cawangan Ehsan bermula April

SHAH ALAM, 1 APRIL: Bermula bulan ini, semua cawangan Ehsan bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan jualan murah barangan asas pada setiap minggu.

Menurut perbadanan itu, Jualan Ehsan Rahmah (JER) membabitkan cawangan Wisma PKPS Seksyen 14 dan Sekyen 9 di Shah Alam, Meru serta Selangor Fruits Valley, Bestari Jaya.

“JER di cawangan Ehsan Wisma PKPS pada setiap Khamis bermula 8 pagi, manakala di semua cawangan lain pada Sabtu waktu yang sama,” katanya yang diterjemah menerusi poster.

Barangan yang dijual seperti beras RM13 berbanding RM18.80, ayam RM10 berbanding RM17.50, telur RM10 berbanding RM12.90 dan daging beku RM10 berbanding RM16.80 sebelum ini.

Jualan murah bermula September 2022 diadakan di beberapa lokasi terpilih setiap hari menerusi trak PKPS bagi membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas.

Program itu menawarkan jualan enam barangan asas seperti ayam, daging, ikan, telur, minyak masak dan beras yang dijual pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.