AGENSI

Teruja harga barang murah, pengunjung borong untuk persiapan raya

31 Mac 2024, 4:21 AM
Teruja harga barang murah, pengunjung borong untuk persiapan raya
Teruja harga barang murah, pengunjung borong untuk persiapan raya
Teruja harga barang murah, pengunjung borong untuk persiapan raya
Teruja harga barang murah, pengunjung borong untuk persiapan raya

SHAH ALAM, 31 MAC: Pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) memborong barangan murah di program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Nuralia Natasha Azhar, 20, berkata beliau yang pertama kali mengunjungi jualan tersebut teruja kerana hanya membelanjakan kurang RM100 untuk membeli pelbagai barangan.

[caption id="attachment_635690" align="alignleft" width="266"] Nuralia Natasha Azhar[/caption]

“Sangat murah, harap program ini diteruskan sampai bila-bila kerana ia amat membantu rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

“Barang yang saya beli hari ini pun boleh guna untuk masakan sebagai persiapan hari raya yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi,” katanya.

Beliau antara lebih 200 pengunjung JER peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara yang diadakan di Surau Nurul Iman, Subang Suria di sini hari ini.

Seorang lagi pengunjung, Zainab Jaafar, 63, turut memborong barangan asas tersebut untuk diberi kepada anak-anak yang menetap di kawasan berhampiran.

[caption id="attachment_635691" align="alignright" width="251"] Zainab Jaafar[/caption]

“Alang-alang dah murah kita borong terus, saya memang suka beli barang bagi pada anak-anak. Kalau di rumah hanya saya dan suami sahaja jadi makan pun tidak banyak.

“Harap JER lebih kerap dianjurkan di sini kerana ia memudahkan golongan suri rumah untuk membeli barangan keperluan asas tanpa perlu keluar jauh,” katanya.

Kakitangan swasta, Muhammad Asri Jahmari, 54, pula berkata ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi JER dan menyifatkan barangan yang ditawarkan kini lebih pelbagai.

[caption id="attachment_635692" align="alignleft" width="247"] Muhammad Asri Jahmari[/caption]

“Selain harga yang ditawarkan memang murah, barangan pun bagi saya sekarang lebih pelbagai malahan berkualiti. Saya harap program ini diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Penyelaras JER Muhammad Syahmi Solahudin berkata jualan yang bermula jam 9 pagi menggunakan sistem nombor giliran mendapat sambutan memberangsangkan.

"Kita yakin jumlah pengunjung akan semakin bertambah sehingga waktu tutup operasi jam 1 tengah hari nanti,” ujarnya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).