ad
AGENSI

Daftar sistem Padu di lima kaunter fizikal Hulu Langat hari ini

30 Mac 2024, 4:27 AM
Daftar sistem Padu di lima kaunter fizikal Hulu Langat hari ini
Daftar sistem Padu di lima kaunter fizikal Hulu Langat hari ini

SHAH ALAM, 30 MAC: Orang ramai dipelawa mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di daerah Hulu Langat hari ini sebelum tarikh tutup esok.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor menerusi X memaklumkan lebih 5 kaunter fizikal dibuka mulai 9 pagi hingga 3.30 petang.

Lokasi di Pasaraya Econsave Bangi, Jalan Reko Sentral 1; Giant Pandan Indah dan Pejabat Pengurusan Desa Lembah Permai, Jalan Lembah Jaya Utama.

Selain itu di Dewan 1 MPAJ Zon 23 Jalan 22 Taman Saga Ampang dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Dato' Ahmad Razali.

Orang ramai diminta membawa kad pengenalan, telefon bimbit dan maklumat akaun bank manakala ketua isi rumah perlu menyediakan maklumat isi rumah.

Sebelum ini, Ketua Pengarah DOSM Selangor Hartini Yaacob berkata kemas kini maklumat isi rumah itu penting bagi memudahkan penyaluran bantuan yang dirancang kerajaan pada masa depan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.padu.gov.my bermula 2 Januari sehingga 31 Mac yang dianggar mengambil masa kurang 10 minit.

Padu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu menjadi platform tunggal untuk meningkat kecekapan pengagihan subsidi serta bantuan kepada rakyat yang layak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.