ad
AGENDA

Tokoh Wartawan Negara Ahmad Rejal meninggal dunia

29 Mac 2024, 12:00 AM
Tokoh Wartawan Negara Ahmad Rejal meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini.

Perkara itu disahkan isteri Allahyarham Datin Noraini Shariff.

“Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada pukul 2 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.