AGENDA

Disyaki terima rasuah pemandu lori sawit, tiga anggota polis ditahan

28 Mac 2024, 5:14 AM
Disyaki terima rasuah pemandu lori sawit, tiga anggota polis ditahan

JOHOR BAHRU, 28 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Mersing menahan tiga anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu lori sawit dan baja di sekitar Mersing pada November tahun lalu.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 36 hingga 42 tahun telah ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Rasuah itu adalah sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pukul 8.30 pagi bagi mendapatkan permohonan reman.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.