ad
AGENDA

Lelaki warga emas dilapor sesat daki bukit ditemui meninggal dunia

28 Mac 2024, 12:30 AM
Lelaki warga emas dilapor sesat daki bukit ditemui meninggal dunia

SHAH ALAM, 27 MAC: Lelaki warga emas yang dilaporkan tersesat ketika mendaki bukit berhampiran Persiaran Shorea Seksyen U16 di sini, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa berusia 64 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada 7.50 malam.

Beliau berkata mangsa mendaki bukit berkenaan seorang diri pada 9.30 pagi semalam dan sempat menghubungi anaknya pada 3.43 petang setelah gagal menemukan jalan pulang.

“Susulan itu bomba melakukan gerakan mencari dan menyelamat namun gagal mengesan mangsa sehingga pada 7.50 malam tadi mangsa dijumpai oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Iqbal berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi Inspektor Saipol Paizi di 012-5781435 untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.