ad
AGENSI

RMS serah sumbangan RM73,050 kepada anak yatim di Serendah

23 Mac 2024, 7:33 AM
RMS serah sumbangan RM73,050 kepada anak yatim di Serendah

HULU SELANGOR, 23 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat menyantuni anak yatim di Masjid Nurul Iman, Serendah di sini, hari ini.

Pada program itu, Tengku Amir Shah berkenaan menyerahkan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) bernilai RM73,050 kepada 487 anak yatim di daerah itu.

Baginda turut berkenan menyampaikan watikah lantikan kepada tiga Ketua Sahabat Prihatin Yide bagi Hulu Selangor, yang berperanan mengenal pasti anak yatim baharu untuk disantuni.

Tengku Amir turut berkenan menunaikan solat Zuhur berjemaah selepas program tazkirah Ramadan dikendalikan PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa.

Terdahulu, ketibaan Baginda disambut Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor dan EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.