ad
AGENSI

Raja Muda berkenan serah sumbangan Aidilfitri kepada 580 anak yatim

8 Mac 2025, 9:00 AM
Raja Muda berkenan serah sumbangan Aidilfitri kepada 580 anak yatim
Raja Muda berkenan serah sumbangan Aidilfitri kepada 580 anak yatim
Raja Muda berkenan serah sumbangan Aidilfitri kepada 580 anak yatim

SHAH ALAM, 8 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada 580 anak yatim daerah Petaling hari ini.

Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan secara bersemuka berjumlah RM87,000 itu sempena majlis serahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19, di sini.

Pengerusi Yide, Tan Sri Mazlan Mansor berkata sumbangan adalah sebahagian daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM361,950 yang diperuntukkan untuk 2,413 anak yatim daerah Petaling, tahun ini.

“Bagi anak yatim yang tidak dapat hadir secara bersemuka, sumbangan telah dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing bagi memastikan mereka tetap menerima peruntukan.

[caption id="attachment_690558" align="aligncenter" width="687"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli mengambil gambar bersama anak-anak yatim majlis sumbangan aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada 580 anak yatim daerah Petaling
di Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19 pada 8 March 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Insiatif itu adalah manifestasi keprihatinan Yide dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan anak yatim di negeri ini terus terbela,” katanya dalam sembah ucapan sempena majlis berkenaan hari ini.

Pada majlis itu, Tengku Amir Shah turut mencemar duli menyampaikan sijil penghargaan kepada lima Ketua Sahabat Prihatin Yide (K-SPY) daerah Petaling.

Selepas majlis itu, Tengku Amir Shah juga berkenan meluangkan masa mendengar tazkirah Ramadan disampaikan Sahabat Dakwah Yide Imam Muda Hassan Adly bertajuk Ramadan Jalan Ketakwaan sebelum menunaikan solat zuhur berjemaah.

[caption id="attachment_690562" align="aligncenter" width="685"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menlaksanakan infak kepaada anak yatim di Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19 pada 8 March 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.