AGENSI

MB serah RM78,000 kepada 26 kelab kebajikan dan rekreasi pelbagai agensi

19 Mac 2024, 1:32 PM
MB serah RM78,000 kepada 26 kelab kebajikan dan rekreasi pelbagai agensi
MB serah RM78,000 kepada 26 kelab kebajikan dan rekreasi pelbagai agensi
MB serah RM78,000 kepada 26 kelab kebajikan dan rekreasi pelbagai agensi

AMPANG JAYA, 19 MAC: Sebanyak 26 kelab kebajikan dan rekreasi pelbagai agensi menerima sumbangan RM78,000 daripada Pejabat Dato’ Menteri Besar hari ini.

Dato’ Menteri Besar berkata dana RM3,000 untuk setiap kelab itu disalurkan sebagai dorongan kepada ahlinya untuk bergiat lebih aktif termasuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyeru agensi dan pemimpin masyarakat supaya sentiasa berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai kecemerlangan.

[caption id="attachment_633885" align="aligncenter" width="814"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan dan penggerak masyarakat daerah Gombak di Pusat Konvensyen MPAJ, Ampang Jaya pada 19 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita harap agar semangat berpasukan dapat diteruskan, dimanfaat dan digembleng dengan lebih kuat, tidak lain dan tidak bukan untuk negeri dan negara kita mencapai tahap lebih baik.

“Kita perlu teruskan dan lengkapkan tugasan kita untuk beberapa tahun akan datang dan perlu sentiasa bersedia memikul cabaran serta tanggungjawab bersama,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan dan penggerak masyarakat daerah Gombak.

[caption id="attachment_633886" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampikan cek cura sumbangan pada Majlis berbuka puasa bersama Agensi Kerajaan dan Penggerak Masyarakat daerah Gombak di Pusat Konvensyen MPAJ, Ampang Jaya pada 19 Mac 2024. Hadir sama Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad (kanan). Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Bertempat Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, program tahunan itu dihadiri sekitar 800 kakitangan agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Hadir sama wakil rakyat Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin, Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad dan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Rahim Kasdi.

Amirudin turut berkesempatan melaksanakan solat Maghrib berjemaah dan beramah mesra dengan semua hadirin usai majlis berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.