AGENDA

286 orang terjejas susulan kebakaran di Tawau dipindahkan ke dua PPS

7 Mac 2024, 1:30 AM
286 orang terjejas susulan kebakaran di Tawau dipindahkan ke dua PPS

TAWAU, 7 MAC: Seramai 286 orang daripada 81 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau di sini akibat kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.

“Dua PPS ini dibuka pada pukul 8 malam tadi, dan dijangka berlaku peningkatan mangsa yang akan dipindahkan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan kira-kira 45 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.