ad
AGENSI

LZS sumbang 196 komputer riba, ringankan beban keluarga asnaf

2 Mac 2024, 2:30 PM
LZS sumbang 196 komputer riba, ringankan beban keluarga asnaf

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 2 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang 196 unit komputer riba kepada mahasiswa terdiri daripada keluarga asnaf fakir miskin di sekitar Sepang.

Agensi itu memaklumkan pemberian komputer riba itu adalah secara percuma dan menjadi hak milik pelajar.

“Semoga dengan pemberian komputer riba ini, lebih ramai anak asnaf fakir miskin berjaya di peringkat menara gading dan mengubah nasib keluarga mereka, insya-Allah.

“Kami sentiasa berusaha menyantuni golongan ini di Selangor dan memudahkan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading,” katanya di Facebook.

Penyerahan sumbangan komputer riba itu diadakan di Masjid Raja Haji Fisabilillah.

LZS turut mengajak orang ramai mengeluarkan zakat melalui pautan https://fpx.zakatselangor.com.my dalam usaha membantu lebih ramai anak asnaf fakir miskin.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.