ad
AGENDA

Sedia depani kemarau, rakyat diseru guna air secara berhemah

27 Feb 2024, 7:39 AM
Sedia depani kemarau, rakyat diseru guna air secara berhemah

SHAH ALAM, 27 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru rakyat negeri ini menggunakan air secara berhemah bagi menyumbang peningkatan air semasa termasuk persediaan berdepan kemarau.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyuarakan kebimbangan itu berikutan tahap kesedaran rakyat yang masih rendah dengan kadar penggunaan domestik seorang mencecah 215 liter sehari.

"Beta bersyukur Selangor dilimpahi kemakmuran dan mempunyai bekalan air bersih mencukupi untuk kegunaan rakyat, namun wajar ada persediaan menghadapi perubahan iklim seperti kemarau," titah Baginda.

Baginda turut mengambil maklum komitmen Kerajaan Negeri menangani isu bekalan air secara proaktif antaranya projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) dan Projek Skim Air Sungai Rasau.

Sultan Selangor bertitah kedua-dua projek berkenaan boleh dijadikan sumber untuk membekalkan air terawat, yang juga sesuai bagi aktiviti pertanian dan perikanan.

"Di bawah projek SJAM, ia turut melibatkan pembinaan infrastruktur pengepaman di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih yang dijangka siap akhir tahun ini dan beroperasi pertengahan 2025.

"Projek Skim Air Sungai Rasau pula akan menjadi sumber air baharu yang mampu menghasilkan air terawat dianggarkan lebih kurang 1,400 juta liter sehari," titah Baginda.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.