ad
EXCO

Kerja naik taraf jalan rosak seluruh negeri diteruskan demi keselesaan rakyat

27 Feb 2024, 2:30 AM
Kerja naik taraf jalan rosak seluruh negeri diteruskan demi keselesaan rakyat
Kerja naik taraf jalan rosak seluruh negeri diteruskan demi keselesaan rakyat
Kerja naik taraf jalan rosak seluruh negeri diteruskan demi keselesaan rakyat

KUALA SELANGOR, 27 FEB: Kerajaan Negeri giat meneruskan kerja menaik taraf jalan raya rosak seluruh Selangor demi keselesaan dan keselamatan rakyat.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata kerja pembaikan jalan raya rosak bukan sahaja membabitkan kerja tampalan tetapi merangkumi semua aspek.

[caption id="attachment_630506" align="aligncenter" width="811"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim bercakap kepada media selepas meninjau perkembangan projek pembinaan Jejambat Bandar Saujana Putra pada 26 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

"Kerajaan Negeri setiap tahun menyediakan peruntukan lebih RM10 juta untuk menaik taraf jalan raya. Kita naik taraf struktur jalan tetapi tidak boleh lakukan semua kerana peruntukan tidak cukup," katanya.

Ditemui selepas meninjau projek Skim Jaminan Air Mentah di sini semalam, Ir Izham berkata pihaknya turut melakukan inventori untuk mengenal pasti jalan kritikal yang perlu dinaik taraf.

"Di Selangor separuh daripada ratusan jalan raya telah tamat tempoh hayatnya. Tempoh hayat sesebuah jalan adalah 20 hingga 25 tahun.

"Kita boleh baiki tetapi tidak semua dan ia berperingkat. Buat masa ini, kita akan kenal pasti jalan yang kritikal untuk dinaik taraf," katanya.

[caption id="attachment_600197" align="aligncenter" width="757"] Syarikat selenggara jalan negeri, Infrasel Sdn Bhd melaksanakan kerja turapan mega di Jalan B48 Jenderam - Sepang, pada 25 Ogos 2023. Foto laman X Infrasel[/caption]

Tahun lalu, Kerajaan Negeri melaksana kerja turapan jalan secara besar-besaran di sembilan daerah membabitkan 118 projek dengan jarak 94.9 kilometer.

Projek berskala besar dengan peruntukan RM50 juta itu bagi memastikan jalan raya negeri ini dalam keadaan baik untuk keselamatan pengguna selain meningkatkan kualiti jalan raya di seluruh Selangor.

Projek Turapan Mega yang diselenggara Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melibatkan 66 jalan di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.