ad
EXCO

Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri bukti keharmonian Selangor

25 Feb 2024, 6:45 AM
Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri bukti keharmonian Selangor
Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri bukti keharmonian Selangor
Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri bukti keharmonian Selangor

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 25 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mencemar duli ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di pusat beli-belah IOI City Mall, semalam.

Program itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO, ketua jabatan dan wakil kedutaan.

[caption id="attachment_630305" align="aligncenter" width="691"] Persembahan tarian singa pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat Selangor di IOI Resort City, Putrajaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

EXCO mobiliti Ng Sze Han berkata sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri yang juga diraikan pada hari Chap Goh Mei menjadi sambutan penting bagi masyarakat Tionghua.

Beliau berkata walaupun terdapat kepelbagaian warna kulit, etnik serta fahaman agama ia bukan elemen yang memisahkan rakyat Selangor.

"Kita sambut Tahun Baharu Cina pada hari Chap Goh Mei yang merupakan sambutan penting sahabat kita masyarakat Tionghua, inilah bukti negeri ini tiada tandingan.

"Kebersamaan ini menjadi asas membolehkan rakyat bukan sahaja hidup dalam keadaan aman dan harmoni tetapi memeriahkan suasana di Selangor," katanya.

[caption id="attachment_630306" align="aligncenter" width="922"] Persembahan gendang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat Selangor di IOI Resort City, Putrajaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.