ad
AGENDA

MB rai kanak-kanak berkhatan, seru masjid perbanyak program bersama masyarakat

24 Feb 2024, 3:43 AM
MB rai kanak-kanak berkhatan, seru masjid perbanyak program bersama masyarakat
MB rai kanak-kanak berkhatan, seru masjid perbanyak program bersama masyarakat

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

GOMBAK, 24 FEB: Seramai 75 kanak-kanak menyertai program khatan di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves di sini, hari ini.

Majlis Khatan Perdana dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua itu dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Terdahulu Amirudin dalam ucapannya memuji inisiatif pengurusan masjid itu yang menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk masyarakat sekitar.

“Selain meraikan anak-anak yang berkhatan, turut diadakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti kaunter maklumat daripada agensi seperti PADU (Pangkalan Data Utama).

“Tahniah kepada pengurusan masjid dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuklah pengunjung mereka bukan beragama Islam.

“Ini memperlihatkan contoh mahabah dalam kita mendekatkan masyarakat dengan masjid yang menjadi ruangan untuk semua,” katanya.

Program dua hari itu menyaksikan peserta sunat perdana terdiri daripada anak kariah Masjid Jamek Al-Amaniah serta luar kariah.

[caption id="attachment_630108" align="aligncenter" width="688"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama kanak-kanak dalam Program Khatan Perdana anjuran Masjid Jamek Al-Amaniah dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua, Batu Caves pada 24 Februari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.