ad
ADN

Wakil rakyat Pandan Indah hulur bantuan tunai, bina semula gerai mangsa ribut

17 Feb 2024, 5:00 AM
Wakil rakyat Pandan Indah hulur bantuan tunai, bina semula gerai mangsa ribut

SHAH ALAM, 17 FEB: Gerai seorang peniaga yang runtuh akibat ribut baru-baru ini mendapat perhatian wakil rakyat Pandan Indah.

Ir Izham Hashim berkata pihaknya menghulurkan bantuan wang tunai bagi meringankan beban peniaga berkenaan.

"Selepas lawatan kerja di Hulu Langat (15 Februari) saya terus bergegas ke Pandan Indah bertemu dengan peniaga ini.

"Selain bantuan wang tunai, pusat khidmat masyarakat juga akan cuba membantu beliau membina semula gerai dalam masa terdekat," katanya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.