ad
AGENDA

Jualan murah antara tarikan program Madani Rakyat Zon Tengah

16 Feb 2024, 7:00 AM
Jualan murah antara tarikan program Madani Rakyat Zon Tengah

SHAH ALAM, 16 FEB: Pelbagai acara menarik diadakan dalam program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor antara jam 9 pagi hingga 10 malam pada 23 hingga 25 Februari.

Program tersebut antaranya Selawat Darul Ehsan dan Solat Subuh Macam Jumaat selain kaunter perkhidmatan yang disediakan agensi kerajaan persekutuan dan negeri untuk kemudahan rakyat.

Turut diadakan dalam program kesinambungan Setahun Bersama Kerajaan Madani di Bukit Nasional Jalil pada Disember lalu, Jualan Agro dan Mega Madani yang menawarkan potongan harga menarik.

Menurut sekretariat Program Madani Rakyat, program yang diteruskan ke peringkat negeri dan dijalankan mengikut zon merangkumi Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan pada kali ini.

“Program ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapat perkhidmatan secara terus daripada kementerian peringkat persekutuan dan agensi peringkat negeri.

Mengikut sekretariat berkenaan, program kali ini memberi tumpuan kepada aspek pertanian, keterjaminan makanan, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Penutupan program itu dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pimpinan tertinggi persekutuan dan negeri juga dijangka hadir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.