AGENDA

PM sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun

15 Feb 2024, 3:00 PM
PM sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun
PM sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi hari ini menziarahi seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran menerusi Facebook hari ini berkata kedua-dua figura yang pernah terkenal di pentas layar perak negara menerusi karya masing-masing, kini diuji dengan musibah penyakit yang amat mengesankan.

"Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan mereka.

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah," katanya.

[caption id="attachment_628838" align="aligncenter" width="812"] Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi menziarahi dan menyerahkan sumbangan kepada seniman Dharma Harun Al-Rashid pada 15 Januari 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Media sebelum ini melaporkan Sarimah, 82, antara pelakon legenda filem klasik dengan membintangi filem seperti Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, dan Tiga Abdul pernah menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022 dan kini, bebas dan pulih daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan.

Dharma Harun, 68, pula yang terkenal menerusi filem Adik Manja masih mengalami beberapa kesan sampingan seperti kesukaran bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.