AGENDA

Terperangkap kepala air, 41 mangsa sedang berkhemah diselamatkan

12 Feb 2024, 7:57 AM
Terperangkap kepala air, 41 mangsa sedang berkhemah diselamatkan

KAPIT, 12 FEB: Sembilan keluarga dari Bintulu yang sedang berkhemah dan bermalam di Sungai Yong, Jalan Bukit Goram, kira-kira 20 kilometer dari Kapit berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air malam tadi.

Ketua Bomba Zon Sibu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Andy Alie berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 8.32 malam telah menghantar lapan anggota dan logistik ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa sebanyak 41 orang itu.

Beliau berkata turut bergerak ke lokasi ialah dua anggota polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sampai ke lokasi kejadian didapati benar terdapat sembilan keluarga yang berasal dari Bintulu sedang berkhemah dan bermalam di tebing sungai terbabit. Akibat cuaca hujan, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras,” katanya.

Andy berkata kesemua mangsa kemudian dibantu menyeberangi sungai deras sedalam 1.5 meter dengan menggunakan tali keselamatan dan operasi tamat pada 9.56 malam selepas kesemua mangsa berjaya diselamatkan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.