ad
AGENDA

Aliran trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama

12 Feb 2024, 6:30 AM
Aliran trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina, setakat 1 tengah hari tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Perak.

Peningkatan trafik turut berlaku di arah utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Melaka, katanya.

Menurut LLM, trafik juga dilaporkan perlahan dari Bentong Timur ke Bukit Tinggi hingga Genting Sempah, Pahang sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

”Aliran trafik juga sesak di kedua-dua arah Plaza Tol Gombak,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.