ad
AGENDA

Pembangunan taman aero, van transit bantu lonjak ekonomi negeri

12 Feb 2024, 5:00 AM
Pembangunan taman aero, van transit bantu lonjak ekonomi negeri

SHAH ALAM, 12 FEB: Ekonomi Selangor berada dalam landasan tepat dan dijangka terus meningkat hasil pelaksanaan berterusan program Kerajaan Negeri, kata EXCO pelaburan.

Menurut Ng Sze Han, usaha dibuat termasuk perkhidmatan van transit atas permintaan dan pembangunan Taman Aero Selangor (SAP) melibatkan tanah seluas 2,000 ekar di Sepang.

Beliau menjelaskan beberapa program dibangunkan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) turut menjamin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Dengan menghubungkan tiga elemen utama ini, ekonomi Selangor akan dipandu ke arah yang tepat dan lebih baik,” katanya menerusi video di Facebook sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Tahun ini, Selangor menyasar nilai pelaburan sehingga RM50 bilion, meningkat RM5 bilion berbanding perolehan tahun lalu didorong perkembangan ekonomi dan pembukaan semua sektor.

Sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, Selangor meluluskan 657 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan membabitkan nilai pelaburan berjumlah RM29.72 bilion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.