AGENDA

Tukang kebun jumpa bom mortar ketika kemas rumah anggota APM

10 Feb 2024, 1:20 PM
Tukang kebun jumpa bom mortar ketika kemas rumah anggota APM

JASIN, 10 FEB: Sebutir bom mortar berkarat berukuran 60 milimeter ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Serkam Darat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) itu ditemukan seorang tukang kebun kira-kira 9 pagi tadi.

"UXO berkenaan ditemukan tukang kebun itu ketika mengemas rumah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jasin. Selepas dimaklumkan isterinya, anggota APM itu yang sedang bertugas balik ke rumah untuk membuat pengesahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota APM berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Merlimau kira-kira 10.30 pagi sebelum sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka ke lokasi penemuan pada 11.45 pagi.

Bahan letupan terbabit, katanya diperiksa dan dibawa ke Pejabat Pensenjataan IPK Melaka untuk dimusnahkan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.