AGENDA

Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Cina, seru rakyat perkukuh perpaduan

9 Feb 2024, 12:09 PM
Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Cina, seru rakyat perkukuh perpaduan

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.

Dalam hantaran di akaun rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah juga turut menzahirkan harapan semoga sambutan Tahun Baharu Cina akan terus mengukuhkan lagi perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Tahun Baharu Cina pada tahun ini ialah Tahun Naga.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.