ad
AGENDA

MB: Tahun Naga Kayu simbol kestabilan, asas kemakmuran rakyat

9 Feb 2024, 8:16 AM
MB: Tahun Naga Kayu simbol kestabilan, asas kemakmuran rakyat

SHAH ALAM, 9 FEB: Tahun Naga Kayu yang menjadi simbolik Tahun Baharu Cina dianggap unik dengan gabungan elemen kestabilan, kesetiaan, kejujuran dan kekuatan.

Turut membawa maksud kebijaksanaan dan kemakmuran, simbol itu juga menurut Dato' Menteri Besar tepat pada waktunya ketika negara bertambah kukuh dan stabil.

"Ini merupakan asas untuk kemakmuran rakyat dan negara dapat dicapai," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina.

"Kerjasama perpaduan yang ikhlas dan bukan sekadar kata-kata seperti kelompok lain terbukti mula mengangkat potensi ekonomi negeri dan negara ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat."

Beliau juga yakin perayaan kali ini disambut meriah dan masyarakat Tionghoa dapat mengambil peluang hujung minggu pulang ke kampung dan meluangkan masa dengan keluarga.

Amirudin menambah aspek yang sentiasa diketengahkan dalam perayaan itu ialah semangat kekeluargaan dan kepentingan mentaati ibu bapa, juga antara elemen terpenting Confucius.

"Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2024 kepada seluruh komuniti Tiongoa khususnya di Selangor serta di seluruh Malaysia," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.