AGENDA

Seramai 123 wartawan Palestin terbunuh akibat kekejaman Israel

7 Feb 2024, 4:06 AM
Seramai 123 wartawan Palestin terbunuh akibat kekejaman Israel

AMMAN, 7 FEB: Seramai 123 wartawan Palestin telah terbunuh sejak Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza, menurut pejabat kerajaan di wilayah terkepung itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (PETRA).

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kematian seorang wartawan yang juga Pengarah Pusat Penerangan Palestin di Semenanjung Gaza, Dr Rizq Al-Gharabli.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 27,585 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt.

-- BERNAMA-PETRA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.