ad
AGENDA

Petronas nafi ada perbincangan kembalikan lumba F1 ke Malaysia

31 Jan 2024, 3:00 PM
Petronas nafi ada perbincangan kembalikan lumba F1 ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Petronas mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan berita mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

“Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang,” menurut Petronas dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.