ad
AGENDA

Pelajar tingkatan satu antara enam ditahan samun berparang

24 Jan 2024, 3:01 AM
Pelajar tingkatan satu antara enam ditahan samun berparang

SHAH ALAM, 24 JAN: Seorang pelajar tingkatan satu antara enam lelaki ditahan susulan terlibat aktif dalam kegiatan samun bersenjatakan parang dan besi sekitar Alor Gajah.

Ketua polis daerah Alor Gajah berkata suspek berusia antara 13 hingga 27 tahun ditahan dalam operasi di Simpang Ampat dan Sik, Kedah pada Isnin dan Selasa lalu, lapor Berita Harian.

Menurut Superintendan Arshad Abu, tiga daripada suspek termasuk pelajar berkenaan akan didakwa di Mahkamah Alor Gajah hari ini mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 akta sama.

"Tiga lagi (suspek) dibebaskan," katanya menambah mereka dipercayai terbabit kes samun terhadap tujuh pekebun warga asing dengan tiga kes dilapor pada Disember lalu.

Katanya, suspek bukan hanya melarikan barang berharga dan wang tunai, malah bertindak ganas dengan menetak serta memukul mangsa menggunakan besi dan parang.

Secara keseluruhan, suspek menyamun wang tunai hampir RM9,000 dan mengambil empat telefon bimbit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.