AGENDA

Banjir: 43 individu masih terjejas di Johor, Sarawak pulih sepenuhnya

21 Jan 2024, 2:19 PM
Banjir: 43 individu masih terjejas di Johor, Sarawak pulih sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Sebanyak 43 mangsa banjir masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor manakala PPS di Sarawak telah ditutup sepenuhnya setakat malam ini.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), satu-satunya PPS yang masih dibuka ialah di daerah Segamat yang menempatkan 12 keluarga.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor; Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah); Sungai Arau (Arau, Perlis); dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

NADMA turut memaklumkan sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang; Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.