AGENDA

Pemandu jentolak jumpa peluru mortar di rumah perlindungan warga emas

21 Jan 2024, 9:30 AM
Pemandu jentolak jumpa peluru mortar di rumah perlindungan warga emas

KOTA BHARU, 21 JAN: Seorang pemandu jentolak menemukan sebutir peluru mortar lama di perkarangan Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pemandu lelaki berusia 40-an itu menemukan peluru itu ketika menggali lubang untuk menanam kabel di lokasi terbabit kira-kira 12.30 tengah hari.

"Unit Pemusnah Bom polis telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek berkenaan merupakan kelengkapan tentera yang belum meletup (UXO) jenis peluru mortar 81mm berukuran panjang 40 sentimeter yang sudah berkarat dan tiada sebarang tandaan.

"UXO tersebut telah berjaya dimusnahkan di satu kawasan yang selamat pada 4.17 petang," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu berjalan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.