AGENDA

Tentera Israel serang rumah, puluhan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh

20 Jan 2024, 10:39 AM
Tentera Israel serang rumah, puluhan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh

GAZA, 20 JAN: Puluhan lagi rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di beberapa kawasan di Gaza yang kini memasuki hari ke-106.

Sejumlah kediaman, bangunan, pangsapuri, harta awam dan persendirian musnah serta rosak akibat serangan berterusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Rejim Israel meletupkan beberapa rumah di bandar Al-Qarara, timur laut Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza, mengakibatkan beberapa penduduk terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara di kawasan Bani Suhaila, Al-Zana, Abasan dan Batn Al-Sameen.

Pencerobohan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt telah meragut sekurang-kurangnya 24,760 nyawa manakala lebih 62,100 cedera dan ribuan lagi gagal dikesan.

-- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.