BERITA UTAMA

Pertandingan reka bentuk hentian bas pintar tawar ganjaran RM10,000

12 Jan 2024, 1:30 PM
Pertandingan reka bentuk hentian bas pintar tawar ganjaran RM10,000

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan ganjaran tunai RM10,000 dalam pertandingan reka bentuk hentian bas pintar Petaling Jaya.

MBPJ memaklumkan di Facebook, pertandingan tersebut terbuka kepada semua warganegara Malaysia sama ada individu atau pun organisasi.

Menurut MBPJ, antara syarat penyertaan adalah reka bentuk perlu mempunyai konsep tersendiri mengikut komponen asas hentian bas sedia ada yang disokong teks penerangan, anggaran kos dan mempunyai elemen pintar.

Ia juga perlu asli, mempunyai ciri mesra hijau dan orang kurang upaya, beridentiti bandar raya Petaling Jaya serta tiada elemen sensitif termasuk menyentuh keagamaan, perkauman dan politik.

Dokumen sokongan boleh dihantar melalui e-mel transportplanning@mbpj.gov.my sebelum tarikh akhir penyertaan pada 31 Januari 2024 sebelum 5 petang.

Layari website https://www.mbpj.gov.my/ms atau hubungi kakitangan terlibat Muhammad Sazrul di talian 03-79563544 sambungan 351.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.