AGENSI

Permohonan kad perakuan nikah Jais kini secara digital

8 Jan 2024, 6:42 AM
Permohonan kad perakuan nikah Jais kini secara digital
Permohonan kad perakuan nikah Jais kini secara digital

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 8 JAN: Pasangan pengantin kini boleh memohon kad perakuan nikah atau menggantikan kad baharu secara digital pada 2 Januari lalu.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau di pautan https://forms.gle/vm81RHo2ZAfKSJaw9

Permohonan juga boleh dibuat di kaunter pusat sehenti Jais, Shah Alam yang mengambil masa 10 hari bekerja untuk diproses sekiranya maklumat lengkap.

Pemohon boleh mengambil kad yang telah siap di pusat sehenti yang sama.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5514 3468 atau e-mel jawatankuasapehias@gmail.com

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.