AGENDA

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam

5 Jan 2024, 10:00 AM
Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 5 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda tiga daerah di negeri ini hingga 8 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan tiga daerah berkenaan adalah Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama dijangka turut berlaku di beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Sarawak.

Hujan lebat juga boleh berlaku di negeri-negeri lain sekiranya terdapat luruan monsun kuat atau dan wujud sistem cuaca bertekanan rendah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.