AGENDA

Hujan berterusan tahap buruk diramal di Kota Tinggi, Segamat hingga Ahad

4 Jan 2024, 3:11 AM
Hujan berterusan tahap buruk diramal di Kota Tinggi, Segamat hingga Ahad

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor bermula hari ini hingga Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku sehingga Ahad melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Sementara itu, laporan terkini situasi bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, berdasar tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, dua sungai masih berada pada paras bahaya pagi ini iaitu Sungai Arau, Perlis dengan trend meningkat dan Sungai Kelantan di Pasir Mas, Kelantan yang menunjukkan trend menurun.

Menurut NADMA, 19 jalan ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak dan Jalan Kota Tinggi-Kluang di Johor.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.