ad
AGENDA

4.56 juta pelancong Malaysia lawat Thailand, dahului pelawat antarabangsa

2 Jan 2024, 3:38 PM
4.56 juta pelancong Malaysia lawat Thailand, dahului pelawat antarabangsa

BANGKOK, 2 JAN: Rakyat Malaysia mendahului senarai pelawat antarabangsa ke Thailand pada 2023, seramai 4.56 juta orang.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata Thailand yang dikenali sebagai 'The Land of Smiles,' menerima 28 juta pelawat antarabangsa tahun lalu.

Pelawat asing ini membelanjakan sejumlah 1.2 trilion baht (kira-kira RM161.52 bilion). Lima warga asing utama yang melawat Thailand terdiri daripada rakyat Malaysia (4.56 juta), China (3.51 juta), Korea Selatan (1.65 juta), India (1.62 juta) dan Rusia (1.48 juta).

“Purata 112,807 pelancong memasuki Thailand setiap hari, dengan lima pelancong asing teratas terdiri daripada warga Malaysia (123,540), diikuti China (101,003), Rusia (52,893), Korea Selatan (41,830), dan India (39,630),” menurutnya dalam satu kenyataan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.