AGENDA

Hospital dibom, 10,000 pesakit barah di Gaza putus bekalan ubat

2 Jan 2024, 10:31 AM
Hospital dibom, 10,000 pesakit barah di Gaza putus bekalan ubat

BANDARAYA GAZA, 2 JAN: Lebih kurang 10,000 pesakit barah di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan barah terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.

"Selepas Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menghentikan perkhidmatan, terdapat 10,000 pesakit barah kini berdepan keadaan mendesak dan tidak berperikemanusiaan," kata pengarah hospital Dr Subhi Skaik dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menekankan bahawa pesakit-pesakit itu tidak mempunyai akses kepada ubat-ubatan merawat barah.

Skaik menggesa negara-negara di seluruh dunia untuk membantu memulihkan hospital itu, sambil menyifatkannya sebagai "tempat perlindungan tunggal bagi pesakit barah di Gaza."

Pada akhir Oktober, Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menamatkan operasi selepas dibom tentera Israel.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, membunuh sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 57,697 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

-BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.