AGENDA

PM lawat mangsa bah di Kelantan, lebih 21,000 berlindung di PPS

28 Dis 2023, 6:43 AM
PM lawat mangsa bah di Kelantan, lebih 21,000 berlindung di PPS

SHAH ALAM, 28 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Kelantan untuk meninjau sendiri situasi banjir di negeri itu yang dilaporkan semakin memburuk.

Menurut Twitter rasmi setiausaha politik kanannya, seramai 21,252 mangsa ditempatkan di 67 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri setakat 12 tengah hari tadi.

"Pasir Mas paling ramai, iaitu 18,293 mangsa. Bacaan paras air di Sungai Golok masih pada tahap amaran. Sama-sama doakan mangsa banjir Monsun Timur Laut di Kelantan dipermudahkan.

"Kita semua bersama membantu negeri Kelantan. Musibah menimpa, perbezaan fahaman politik diketepikan seketika," kata Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Memetik laporan Berita Harian, perdana menteri dijadual melawat tiga lokasi iaitu Jambatan Lubok Jong, PPS Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Repek dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati.

Selain Kelantan, negeri lain yang turut terjejas banjir ialah Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.