Angka korban di Gaza meningkat 73,914, lebih 174,000 cedera sejak 2023

21 Sep 2026, 1:31 PM
Angka korban di Gaza meningkat 73,914, lebih 174,000 cedera sejak 2023

GAZA, 21 SEPT: Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,914, manakala 174,952 rakyat Palestin cedera sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan pada Isnin.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan bahawa hospital di seluruh Gaza menerima jenazah empat rakyat Palestin dan 17 orang yang cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Mereka mengesahkan bahawa jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025 meningkat kepada 1,393 manakala 4,822 lagi cedera.

Sebanyak 831 mayat ditemukan dari bawah runtuhan sejak gencatan senjata itu.

Sementara itu, sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, memandangkan kru ambulans dan penyelamat masih tidak dapat sampai ke lokasi mereka.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.