ad
AGENSI

Jimat belanja dapur, suri rumah kunjung jualan PKPS lebih 30 kali

27 Dis 2023, 8:06 AM
Jimat belanja dapur, suri rumah kunjung jualan PKPS lebih 30 kali
Jimat belanja dapur, suri rumah kunjung jualan PKPS lebih 30 kali
Jimat belanja dapur, suri rumah kunjung jualan PKPS lebih 30 kali
Jimat belanja dapur, suri rumah kunjung jualan PKPS lebih 30 kali

GOMBAK, 27 DIS: Harga murah menjadikan Jualan Ehsan Rahmah (JER) pilihan ramai mendapatkan barangan asas sehingga ada yang mengunjunginya lebih 30 kali.

Suri rumah, Evayulia Jamaludin, 56, berkata beliau mengunjungi program itu sejak tahun lalu kerana harga ditawar menjimatkan perbelanjaan dapur berbanding tempat lain.

[caption id="attachment_620771" align="alignleft" width="348"] Evayulia Jamaludin[/caption]

“Setiap kali apabila program JER diadakan di bawah parlimen Gombak saya pasti akan hadir bersama suami mendapatkan bekalan asas kerana harganya murah.

“Saya harap bukan sahaja diteruskan tahun hadapan malah lebih kerap diadakan kerana ia memberi manfaat meringankan golongan berpendapatan rendah,” katanya.

[caption id="attachment_620772" align="alignright" width="341"] Teh Bee Yeow[/caption]

Beliau ditemui pada JER peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di padang awam Batu Caves di sini hari ini.

Bagi Teh Bee Yeow, 52, jualan murah itu menjimatkan sehingga 50 peratus perbelanjaan barangan asas rumahnya dalam tempoh seminggu.

“Bekalan mencukupi tetapi perlu hadir awal selain berkualiti. Saya dapat menampung keperluan untuk enam orang isi rumah banding beli di luar,” katanya.

[caption id="attachment_620773" align="alignleft" width="347"] Keerthana Ram[/caption]

Pekerja swasta, Keerthana Ram, 29, pula berkata JER menjimatkan perbelanjaan dapurnya sehingga 30 peratus.

“Ini kali kedua saya datang program ini bagus kerana bekalan mencukupi dan murah menjadikan pilihan saya untuk berbelanja barang dapur,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.