ad
AGENDA

Mayat bayi dalam tong sampah sanitasi pusat beli-belah

22 Dis 2023, 3:15 PM
Mayat bayi dalam tong sampah sanitasi pusat beli-belah

KOTA KINABALU, 22 DIS: Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di dalam tong sampah sanitasi di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris berkata polis menerima aduan daripada seorang penyelia syarikat pembersihan yang menemukan mayat bayi itu ketika menukar plastik tong sampah sanitasi pada kira-kira 9.40 malam.

"Polis telah ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati mayat bayi itu dibalut dengan tuala.

“Turut ditemukan cebisan kertas yang bertulis, “Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya. Terima kasih pertolongan anda, jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Kalsom berkata polis sedang menjalankan siasatan menerusi rakaman litar tertutup di kawasan kejadian selain membuat risikan untuk mengenal pasti suspek.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta berhubung dengan Inspektor Hatikah Ahmad@ Abd Ghani di talian 0168337243,” katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.