ad
AGENSI

ADN Kampung Tunku antara tiga dilantik Ahli Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa negeri

20 Dis 2023, 11:36 AM
ADN Kampung Tunku antara tiga dilantik Ahli Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa negeri

SHAH ALAM, 20 DIS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei antara tiga individu yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS), hari ini.

Majlis penyampaian surat pelantikan tersebut disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Bilik Mesyuarat MTES, bangunan SSAAS, SUK Selangor.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan dua lagi yang dilantik ialah ADN Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid dan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Dato’ Menteri Besar Selangor Mohd Nazri Noh.

"Tahniah dan selamat bertugas diucapkan," menurut pejabat itu menerusi Facebook.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.